Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Tuesday, January 3, 2012

Pemergian Seorang Teman Seperjuangan

Gambar ihsan (FB Akh Mujiburrahman)

Tanggal 3hb Jan 2012, kurang lebih pukul satu petang (waktu Jordan). Saya dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat seperjuangan, Presiden HPMI (Himpunan  Mahasiswa-Pelajar Indonesia Jordan)  di bumi Syam ini.

Almarhum ialah, Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga merupakan pelajar Master di Universiti Mu'tah, Jordan dan sepatutnya bakal menamatkan pengajiannya pada Sem ini tapi ALLAH lebih mengetahui dan menyayanginya. Almarhum sebelum ini telah pun ditahan di Hospital Islam Amman,Jordan kerana menghidap penyakit Luekemia.

Read more...

Tuesday, August 23, 2011

Risalah Bagi Hati –Hati Yang Merindukan Ramadhan N Pengampunan Allah ~ Part 2 ~


Penawar

Solat juga menjadi penawar dan kerehatan jiwa daripada segala macam bentuk kesusahan dan ujian yang kita lalui dalam kehidupan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan mintalah bantuan dengan sabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 153)

Justeru, tujuan yang kita cari melalui Solat Tarawih ialah kerehatan dari segi rohaniah dan kesihatan yang menyihatkan tubuh badan. Rasulullah s.a.w. mencari kerehatan melalui solat. Pernah apabila hendak menunaikan solat fardu, Baginda menyebut: `'Arihna ya Bilal.'' (rehatkanlah kami wahai Bilal dengan azanmu yang menandakan solat akan didirikan).

Read more...

Friday, August 19, 2011

Risalah Bagi Hati –Hati Yang Merindukan Ramadhan N Pengampunan Allah ~ Part 1 ~


SETAHUN sudah berlalu dan kini Ramadan menggamit lagi.sekali lg dunia menyaksikan umat Islam di seluruh dunia akan hidup dalam suasana merayakan kemeriahan ibadah ini. Ketibaannya dinanti-nantikan. Keharuman dan kemanisannya mula dirasai. Hembusan bayu segarnya mula bersemi dalam hati umat Islam yang merindui kehadiran bulan mulia ini. Malamnya tidak lagi gelita. Suasananya bakal dibanjiri cahaya solat, zikir, tasbih, tahmid dan linangan air mata kerinduan daripada jutaan manusia di seluruh dunia. Justeru kehebatan ini, kami ingin mengajak teman-teman n taulan serta seluruh ummat ini mencari makna di sebalik ibadah solat Tarawih, ibadah yang hanya terdapat pada bulan istimewa ini.

Read more...

Monday, May 2, 2011

Al-Quran Menjawab Keluhan Manusia

 

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya" -s15: a9-

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran Menjawab :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Lihat Surah Al-Ankabuut : 2).

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat Surah Al-Ankabuut : 3)

Read more...

Friday, January 28, 2011

.:: MENGUNAKAN FORMULA MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM ::.





Sekian lama blog ini beku dengan artikal2 ilmiah, maka hari ini saya datangkan dengan satu artikal kira mengira dalam kehidupan kita seorang muslim.

Semua orang mengetahui, dalam sistem matematik terdapatnya  simbol operasi tambah, tolak, bahagi, darab dan natijah atau hasil daripada pengiraan pada penghujungnya.

Read more...

Saturday, October 30, 2010

Bertaqlid Dengan Mazhab Lain Dalam Perkara Wudhu' ketika Mengerjakan Tawaf


Kepada kawan- kawan, sanak saudara dan saudara se-islam semua. Sempena musim haji ni, saya akan kemukan satu tips untuk memudahkan ibadah haji khususnya ketika tawaf di baitullah nanti. Saya rasakan ianya amat berguna untuk saudara semua. Iaitu Tips bertaqlid dalam hal wudhu’ dalam mazhab lain.
------------------------------------------------------------------------
Soalan:
Bagaimanakah cara berwudhu yang sebaik-baiknya sewaktu melakukan tawaf haji atau umrah bagi mengelakkan berulang-ulang mengambil wudhu kerana keadaan sekeliling Ka’bah yang sentiasa bersesak-sesak dan ramai? Adakah sebarang rukhshah mengenainya atau dibolehkan bertaqlid kepada mazhab lain?
---------------------------------

Read more...

Thursday, September 9, 2010

Aidil fitri ke dua di perantauan


 Aidil fitri ke dua di perantauan..
Ramadhan telah pun meninggalkan kita pada tahun ini dengan harapan agar kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun- tahun akan datang.  Ramadhan amat dirasakan apabila kita berada di tanah arab..kerana bulan ini amat menyerikan suasana di bumi ambia’ ini dalam banyak sudut antaranya terserlah syiar islam itu sendiri.


            Memandangkan, saya yang masih bermusafir dalam mencari redha ALLAH sanggup berenggang dengan Ahli keluarga dan orang2 kampung demi mendapatkan secebis menfaat dari lautan ilmu ALLAH S.W.T.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP