Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Friday, January 28, 2011

.:: MENGUNAKAN FORMULA MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM ::.





Sekian lama blog ini beku dengan artikal2 ilmiah, maka hari ini saya datangkan dengan satu artikal kira mengira dalam kehidupan kita seorang muslim.

Semua orang mengetahui, dalam sistem matematik terdapatnya  simbol operasi tambah, tolak, bahagi, darab dan natijah atau hasil daripada pengiraan pada penghujungnya.

Sebagaimana sedia maklum mengikut kajian, 95 peratus di kalangan manusia belum mengenali  dan gagal mencapai yang terbaik dalam diri meraka, manakala 5 peratus sahaja hanya Berjaya mencapai  mengenali diri dan menggunakan sisa hidup dengan sebaiknya.

Justeru, saya datangkan artikal  dengan konsep kira-kira ini iaitu, dengan simbol tambah (+)  kita boleh kaitkannya dengan menambah ilmu pengetahuan dan menambah amal ibadah seharian. Manakala pada simbol tolak(-) pula kita boleh nisbahkan sebagai tolak kelemahan dan kemungkaran yang ada dalam diri demi untuk mencapai keredaan ALLAH.  Untuk mendapat keuntungan hidup juga kita berlu kaitkan  dengan simbol bahagi (÷) iaitu dengan  pandai membahagi- bahagikan masa samada untuk mencapai kemenfaatan duniawi maupun ukhrawi . sehubungan itu, tidak lengkap sekiranya simbol darab (X) tidak dikaitkan dalam kehidupan kita  dengan melipatgandakan usaha dan amalan kita samada dalam pekerjaan, pembelajaran dan yang lebih penting lagi dalam ibadah dan ubudiyyah kita kepada ALLAH S.W.T. Maka hasilnya atau natijah (=) dalam menggunakan konsep ini ialah kesempurnaan dalam pengabdian diri kepada sang pencipta kita A'zzawajalla.

Dengan ini, marilah sama- sama kita menggunakan formula yang sangat cantik ini untuk menjayakan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH yang hina di muka bumi ini. 

Tiada yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri yang merindukan perubahan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP