Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Monday, May 25, 2009

MUSAFIR MENCARI REDHA ALLAH

Aku tidak mampu untuk menguasai Lughah arab di tanah kelahiran sendiri, mungkin disebabkan banyak faktor yang menghalang sedang aku amat merindui lughah yang pernah ditutur oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Justeru aku mengambil keputusan untuk keluar musafir mencari redha Sang Pencipta di bumi anbia' (Bilaadus Syam) ini.

Aku sedar, aku sedang menyusahkan semua orang antaranya ibu yang banyak berkorban membesarkan aku dari kecil sampai sekarang diselangi juga dengan peninggalan ayah yang membuatkan ibu lebih terbeban dengan semua perkara yang boleh dikongsi hanya dengan anak-anak shaja. Selain ibu, aku juga menyusahkan adik beradikku yang banyak berkorban untuk menyara pembelajaran dan sara hidupku di bumi Syam ini. Bukan itu saja, setelah mengetahui perbelanjaan pengajian dan sara hidup di bumi jordan ni terlalu tinggi,aku juga melibatkan abang iparku yang sanggup bersusah payah mencari dana untuk aku sampai ke tempat yang aku inginkan ini. Aku mohoon maaf atas penyusahan ini. Hanya ALLAH yang mampu membalas pengorbanan kalian.

Tujuan aku menulis coretan ni ialah untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam mengingfaqkan masa,tenaga dan wang ringgit hingga sampainya aku di bumi arab yang berkat ini.

Sebelum terlupa aku ingin mengucapkan Jutaan terima kasih juga kepada aL-IkhsaN Sport Sdn Bhd yang dikelolai oleh Abang Ali Hassan Mohd Hassan, Jemaah masjid Jamik Taman Universiti Skudai, Jemaah Masjid Jamik Senai, Orang-orang kampung Sakar Sungai Tendong, Sanak saudara dan sekali lagi ahli keluarga yang banyak memberi sumbangan besar dari segi nasihat dan wang ringgit. Doaku sentiasa mengiringi kalian. Moga kalian yang terlibat sentiasa dicucuri rahmat dan kebahagiaan oleh ALLAH S.W.T hingga sampai ke JannahNYA.
Allahumma Amiiin!!!!

Selamat hari Raya dan Maf Zahir Batin

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP