Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Tuesday, January 3, 2012

Pemergian Seorang Teman Seperjuangan

Gambar ihsan (FB Akh Mujiburrahman)

Tanggal 3hb Jan 2012, kurang lebih pukul satu petang (waktu Jordan). Saya dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat seperjuangan, Presiden HPMI (Himpunan  Mahasiswa-Pelajar Indonesia Jordan)  di bumi Syam ini.

Almarhum ialah, Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga merupakan pelajar Master di Universiti Mu'tah, Jordan dan sepatutnya bakal menamatkan pengajiannya pada Sem ini tapi ALLAH lebih mengetahui dan menyayanginya. Almarhum sebelum ini telah pun ditahan di Hospital Islam Amman,Jordan kerana menghidap penyakit Luekemia.

Saya sebagai Mahasiswa Timur Tengah juga merasa simpati diatas pemergian beliau, dengan ini saya  merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham dan seluruh ahli HPMI sejordan, juga menyarankan kepada semua mahasiswa/wi Islam Malaysia Jordan agar mendoakan roh almarhum ditempatkan bersama-sama dengan golongan syuhada' dan solihin.. Amin!


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُور
Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. 
surah Ala Imran : 185
 

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP