Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Thursday, September 9, 2010

Aidil fitri ke dua di perantauan


 Aidil fitri ke dua di perantauan..
Ramadhan telah pun meninggalkan kita pada tahun ini dengan harapan agar kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun- tahun akan datang.  Ramadhan amat dirasakan apabila kita berada di tanah arab..kerana bulan ini amat menyerikan suasana di bumi ambia’ ini dalam banyak sudut antaranya terserlah syiar islam itu sendiri.


            Memandangkan, saya yang masih bermusafir dalam mencari redha ALLAH sanggup berenggang dengan Ahli keluarga dan orang2 kampung demi mendapatkan secebis menfaat dari lautan ilmu ALLAH S.W.T.




            Jadi dikesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan yang tidak terhingga dan memohon keampunan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki  kiranya ada salah dan silap sepanjang hidup berkeluarga ini, terutamanya kepada ahli keluarga saya di kampung  iaitu yang disayangi lagi diingati Mek, Kak Nik Dah , Abe Mat, Kak Nik Sah, Abe Lie, Abe Mie, Kak Nab, Kak Nah, Adik Tie, Anak- Anak Saudara, ipar-iparku dan sanak saudara semua.


                                                  (sila klik gambar untuk besarkan)
Kepada ibuku, jangan kau merasa bimbang dan sedih dengan keadaan ku menyambut lebaran di sini, Alhamdulillah, sambutan di sini pun meriah dengan kawan-kawan dan orang arab sekeliling. InsyaALLAH semuanya baik. Dari segi makanan untuk hari raya, kami membuat sedikit kutipan sesame pelajar Malaysia untuk adakan jamuan. Alhamdulillah, kami di sini dapat mengecap juga masakan ala Malaysia daripada pelajar- pelajar lama di sini seperti  Satay, nasiK Kapik (nasi himpit), rendang dan dua tiga jenis makanan lagi. Alhamdulillah, suasana lebaran di kampung dapat juga dirasai di sini cuma bezanya berjauhan dengan keluarga saja.


Sekian dulu coretan lebaran buat kali ini…
jari disusun menongkah hajat...
tangan dihulur bersama niat..
salam aidilfitri..buat keluarga dan sahabat..
semoga kehadirannya membawa jutaan rahmat..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI
MOHON AMPUN DAN JUTAAN KEMAAFAN SEKALI LAGI DIPOHON KIRANYA
TERDAPAT SALAH DAN SILAP DARI SEKECIL-KECIL KESALAHAN HINGGA SEBESAR-BESAR KESALAHAN.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
MINAL AIDIL WAL FAEZIN

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP