Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Friday, September 3, 2010

Mengharapkan Lailatul Qadar...


Sahabat-sahabat..jom kita pakat qiam pada malam last-last Ramadhan ni!!

Jom sahabat, peluang keemasan Lailatul qadar hanya sekali setahun sahaja. jadi sama-samalah kita rebut peluang ni. kalau sahabat nak tahu, terdapat banyak dan besar sekali kelebihan malam Qadar ni. 
Antara peristiwa dan kelebihan malam ni ialah :
  • malam yang mana diturunkan al-quran (secara keseluruhanya daripada lauhil mahfuz ke baitil i'zzah di langit dunia)
  • dituliskan "Qadar" atau ketetapan hidup kita pada tahun itu.(hidup,mati,sihat,sakit,gembira, sedih dan sebagainya yang berkaitan dengan "qadar" manusia.
  • Malam ni juga adalah terlebih baik dari 1000 bulan. Yang mana kalau kita hitungkan 1000 bulan itu lebih kurang 83 tahun 4 bulan bahkan di sebut dalam surah ni lebih dari 1000 bulan - bererti,kalau kita beramal pada malam ni bersamaan dengan beramal di bulan lain 1000 bulan.(sebagaimana yang disebut dalam surah al-qadr).
  • sebagai malam sejahtera.(sehinggalah naik fajar keesokan harinya).-disebut juga dalam surah al-qadr.
  • dan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu bagi sesiapa yang beribadat padanya dengan iman, ikhlas dan mengharapkan keredhaan dari ALLAH.
(sumber:Uzar)
    Ayuh sahabat-sahabatku, jangan lepaskan peluang ini. ruangkan sedikit masa untuk mendapat redha ALLAH. masakan kita sanggup berjaga malam dengan melayani internet atau menonton filem sahaja. tidakkah terdetik untuk bertemu ALLAH seketika di dalam beribadat kepadanya?

    Khususnya kepada pelajar-pelajar yang berada di Timur Tengah, sememangnya kalian tidak melelapkan mata pada malam harinya dengan beralasan malam hari, waktunya singkat kerana sudah lumrah musim panas, siang harinya panjang dan malam harinya singkat. Oleh itu, luangkan sedikit masa untuk beribadat di bulan yang penuh keberkatan ini sekaligus mengejar Lailatul qadar yang diberi kelebihan padanya.

    " Selamat beribadat dan Selamat mengejar Lailatul qadar"

    .:: Wallahu a'lam ::.


    aL-KeLaNTaNy.com

      0 comments:

      About This Blog

      Lorem Ipsum

        © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

      Back to TOP