Di Kondisi Mana Hati Kita?
![]() |
.::Klik gambar untuk besarkan::. |
Wajarkah kita berperlakuan sebagaimana dialog di atas?
Antara perkara yang perlu dirahsiakan daripada umum iaitu perkara soleh kita, kerana perkara-perkara soleh yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan seikhlas mungkin dan tidak boleh ditontonkan untuk pengetahuan ramai kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa bangga diri dan takabbur.
Tapi ada juga perkara- perkara soleh yang kita lakukan memerlukan dan tidak salah kalau kita hebahkan kepada orang ramai antaranya “zakat” kerana zakat adalah satu kewajiban yang perlu dilaksanankan oleh semua individu yang mampu. jadi dengan cara menghebahkan akan dapat menarik individu2 yang berkemampuan lain untuk membayar zakat.
Bagaimana pula dalam situasi diolog diatas…??? Perlu atau tidak dihebahkan kepada orang ramai?
Bagi pendapat peribadi saya, kalau dihebahkan kepada orang ramai tu tidak lah digalakkan kerana lebih kepada nak menunjuk- nunjuk atau bangga diri saja. Tapi sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan ape yang kita lakukan atau membaca al-quran itu kapada individu – individu yang rapat dengan kita, itu tidak lah salah. Bahkan dalam situasi dialog di atas amatlah digalakkan. Kerana setiap manusia ia pasti memiliki satu sifat “HASAD” atau “DENGKI”. Sekiranya kita menceritakan hal demikian, mestilah akan membangkitkan perasaan “HASAD” dalam dirinya untuk melakukan perkara sedemikian bahkan lebih dari itu.Hal ini (HASAD) tidaklah menjadi satu kesalahan dalam Islam kerana ia mengarahkan kepada kebaikan juga dipanggil “GHIBTAH” .Apatah lagi perkara ini berlaku kepada orang-orang yang menghafal al-quran. Ia lebih minimbulkan HASAD yang membara-bara untuk menandingi amal soleh temannya itu.

Di sini saya menyarankan kepada sahabat- sahabat pembacaagar kita sama-sama meningkatkan lagi amal soleh kita kepada ALLAH S.W.T. tidak kira apa pun amalan soleh itu kerana ALLAH telah berfirman dalam al-quran :
“Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik” : At taubah :120
“Wallahu a’lam”
-: aL-KeLaNTaNy :-
0 comments:
Post a Comment