Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Friday, August 19, 2011

Risalah Bagi Hati –Hati Yang Merindukan Ramadhan N Pengampunan Allah ~ Part 1 ~


SETAHUN sudah berlalu dan kini Ramadan menggamit lagi.sekali lg dunia menyaksikan umat Islam di seluruh dunia akan hidup dalam suasana merayakan kemeriahan ibadah ini. Ketibaannya dinanti-nantikan. Keharuman dan kemanisannya mula dirasai. Hembusan bayu segarnya mula bersemi dalam hati umat Islam yang merindui kehadiran bulan mulia ini. Malamnya tidak lagi gelita. Suasananya bakal dibanjiri cahaya solat, zikir, tasbih, tahmid dan linangan air mata kerinduan daripada jutaan manusia di seluruh dunia. Justeru kehebatan ini, kami ingin mengajak teman-teman n taulan serta seluruh ummat ini mencari makna di sebalik ibadah solat Tarawih, ibadah yang hanya terdapat pada bulan istimewa ini.



Solat Tarawih ialah sunat muakkad yang amat digalakkan. Bagi umat Islam yang mendirikan Tarawih sebulan penuh, bermakna ia telah menunaikan 600 rakaat solat sepanjang malam bulan Ramadan. Pernahkah kita menunaikan solat sebanyak 20 rakaat setiap malam atau 600 rakaat selama 30 malam berturut-turut pada bulan-bulan yang lain? Mereka yang menunaikan Solat Tarawih sejak kecil itu beruntung, kerana jika ia ditunaikan selama 60 tahun, maka ia telah mendapat 36,000 rakaat Solat Tarawih. Kemeriahan budaya daripada Solat Tarawih dan kemanisannya tidak akan dapat dirasai sekiranya seseorang itu meninggalkannya.



Tarawih berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat. Ringkasnya, Solat Tarawih adalah solat yang tujuannya menghasilkan kerehatan. Apakah yang dimaksudkan dengan kerehatan? Bagaimana ia dikaitkan dengan rehat, sedangkan ramai di kalangan kita yang kepenatan ketika mengerjakannya?

Soalan ini akan terjawab jika kita memahami inti ibadah solat itu sendiri. Sebagaimana yang selalu ditegaskan dalam ruangan ini, solat adalah Mikraj atau wadah yang membawa seorang mukmin itu lebih `dekat' kepada Tuhan-Nya. Ia adalah tali yang menghubungkan hamba secara langsung dengan Pencipta. Solat itu istimewa. Sebab itulah perintah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. dalam peristiwa Mikraj, tahun berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dinamakan sebagai `Aamul Huzni (tahun kesedihan) kerana kematian Abu Talib dan Khadijah yang menjadi penyokong Baginda dari segi material dan moral.



Pertemuan dengan Allah s.w.t. merupakan kerehatan dan kelapangan bagi Nabi setelah melalui kemuncak tribulasi dalam dakwah Baginda. Firman Allah s.w.t. lagi bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami hilangkan bebanmu, yang memberatkan belakangmu, dan Kami tinggikan sebutan buatmu. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (As-Syarh 94:1-6)

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP