Oh MalaysiaKu...
"Oh Malaysiaku"
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
- صلى الله عليه وسلم –
قَالَ « صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً » (رواه البخاري)
----------------------------------------------------------------------------------
Di malaysia, alangkah banyak dan cantiknya masjid yang tersegam megah di kota maupun di desa. Ada yang diambil reka bentuknya dari arab ,turkey dan ada juga reka bentuk dari Negara cina. Tapi malang,masjidnya sahaja yang besar,banyak dan reka bentuknya pelbagai tapi penghuninya amat-amat mengecewakan berbanding tempat asal reka bentuk itu.
Pernah sekali saya bersolat asar di masjid “Husain” yang terletak di tengah-tengah Bandar Amman, A’simah(ibu negara) Jordan. Memang cukup terharu sekali hampir menitiskan air mata, apabila saya melihat jemaah yang bersolat di situ. Selesai sahaja solat, saya menoleh ke belakang. MasyaALLAH ramainya makmum sampai melimpah ke luar masjid. Sedangkan hari itu bukan hari jumaat, hari raya pun tidak. Kebiasaan di Malaysia, solat berjemaah seramai itu hanya hari jumaat dan hari raya sahaja. Ini tidak, waktu itu saya solat asar dan bukan pula pada hari jumaat. MasyaALLAH jauh sekali bezanya bila kenangkan balik nasib Malaysia tercinta. Kerdil betul dari segi pengimarahan masjid berbanding di sini. Sedangkan Negara Malaysia dikatakan Negara islam oleh penduduknya tapi, perlaksanaanya jauh sekali dengan nagara-negara islam lain.

Hussein mosque,Amman,Jordan
Wahai ilmu-ilmuan dan sahabat-sahabat seperjuangan semua, inilah tanggungjawab kita bila kita berkecimpung dengan masyarakat kelak. Menyedarkan masyarakat yang lagha dengan dunia dan kemewahan. Tanamkan niat yang utuh untuk menyerikan masjid yang tersegam indahg di Negara kita Malaysia. Kerana di masjid adalah tempat ibadah dan tempat pentarbiahan yang terbaik.
Marilah sama-sama kita menginsafi diri, menjalankan tugas kita dan tangggungjawab kita sebagai pendahwah menyedarkan saudara-saudara kita yang hanyut di sana.
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِين
18. Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.
0 comments:
Post a Comment