Powered by Blogger.
MOHON SUMBANGAN
Saya merupakan pelajar lepasan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat (MTDQ), Repek, Kelantan dan Maahad Darul Anuar Pulau Melaka(MADA), Kota Baharu,Kelantan.

Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh Wa Usuluh di Universiti aL AL-Bayt , Mafraq , Jordan.

Dengan ini, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari pelbagai pihak samada sumbangan persendirian, berkelompok, Badan- badan Organisasi samada berbentuk tajaan, zakat , infaq dan seumpamanya.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui Email, Blog, dan telefon. maklumat yang mudah dihubungi....Sila Klik (MOHON SUMBANGAN)

Saturday, April 10, 2010

Subliminal Message dalam Animasi dan Anak-Anak Kita




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar para pembaca sekalian? Dalam post kali ini saya ingin memperkongsikan satu info yang sangat penting untuk kita semua ambil tahu. Info ini sebenarnya disampaikan pada saya oleh salah seorang peserta Seminar Evolusi Minda iaitu Saudara Faris Iskandar daripada Putrajaya. Saya mengucapkan terima kasih atas perkongsian info yang amat berguna ini.


Hari ini ramai ibubapa yang begitu ghairah membelikan anak-anak mereka CD kartun animasi yang diterbitkan oleh salah satu penerbit filem animasi terkenal bertaraf antarabangsa. Antara sebab utama adalah kerana kartun-kartun terbitannya sangat berkualiti dan mempunyai banyak pendidikan moral di dalamnya. Penerbit ini kononnya menitik beratkan soal setiakawan, daya juang yang tinggi, yakin dengan permintaan, dan ini semua adalah ciri-ciri positif yang patut kita tanamkan dalam diri anak-anak kita. Namun tanpa kita sedari dalam baik mereka telah menggunakan kehebatannya kartunnya untuk merosakkan dan menceroboh pemikiran anak-anak kita. Bagaimana ini berlaku?

Mari kita lihat antara contoh filem animasi terbitan mereka yang sangat hebat pendidikan di dalamnya tetapi pada masa yang sama menceroboh minda anak-anak kita dengan perkara yang diluar sangkaan. The Lion King, adalah satu filem animasi yang sangat hebat, di dalam filem itu diajarkan banyak perkara tentang kehidupan, setiakawan, berjiwa kental, sayangkan keluarga, malah terlalu banyak sehingga bukan sahaja anak-anak mengkaguminya tetapi orang dewasa juga amat terpengaruh dengan cerita tersebut.

Dalam keseronokkan menonton rupa-rupanya minda kita diceroboh dengan perkataan-perkataan yang merosakkan, tanpa disangka mereka menyelitkan beberapa unsur yang tidak baik di sebalik setiap frame cerita. Di bawah ada saya sertakan video youtube untuk pembaca melihat sendiri bagaimana penerbit ini secara diam merosakkan akhlak penonton tanpa disedari. Mereka menggunakan teknik yang dikenali sebagai Subliminal Message.

Apa itu Subliminal Message?
Subliminal Message merupakan signal atau message yang ditanam dengan cara atau medium berlainan dan direkacipta khas untuk menembusi had biasa minda dan persepsi manusia. Message ini tidak dapat di kenalpasti oleh minda sedar tetapi dalam beberapa keadaan atau situasi ia mampu mempengaruhi minda separa sedar dan mengakibatkan pengaruh positif atau negatif bergantung kepada message yang dihantar. Individu yang dipengaruhi oleh subliminal message ini kemudiannya akan dengan sendirinya bertindakbalas melalui samada pemikiran, tindakan, kelakuan, perangai, sistem kepercayaan dan nilai-nilai murni.

Terma subliminal berasal daripada perkataan Latin. ‘Sub’ bermaksud ‘bawah’ dan ‘limen’ bermaksud ‘ambang’. Ini bererti subliminal message mampu menerobos minda di bahagian bawah tanpa memasuki pintu atau laluan yang betul. Maknanya, masuk terus ke minda separa sedar tanpa melalui minda sedar.

Subliminal ini dipancarkan dengan kadar yang sangat laju iaitu antara 16 – 24 milisaat. Namun pengaruh yang dilakukan oleh subliminal message ini sangat hebat. InsyaAllah dalam Seminar Percuma, kami akan dedahkan lebih lanjut tentang pengertian subliminal message ini.

Sebenarnya jika kita tahu cara penggunaan subliminal message ini, ia mampu kita gunakan untuk perkara-perkara yang positif. Pengaruh subliminal message ini amat kuat dan kesannya amat nyata pada individu itu. Kerana itu banyak syarikat pengiklanan menggunakan teknik ini untuk mempengaruhi pengguna yang menonton iklan mereka samada di televisyen atau panggung wayang. Jadi sebagai ibubapa kita jangan membiarkan anak-anak kita terlalu suka menonton iklan atau kartun terutama kartun daripada luar.

Malangnya, ibubapa hari ini terlalu mengambil ringan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perkara ini. Ibu-ibu terutamanya, akan memasangkan CD kartun berulang kali untuk ditonton oleh anak-anak mereka terutama yang berusia kurang daripada 6 tahun. Anak-anak kita sejak lahir sehingga berusia 6 tahun membesar dengan menggunakan minda separa sedar. Apatah lagi ketika menonton sememangnya minda separa sedar yang berfungsi dengan lebih aktif, kerana ia berada dalam gelombang alpha. Inilah kesempatan yang diambil oleh mereka untuk merosakkan minda anak-anak kita.

Manakala ibu-ibu pula menggunakan cara ini untuk mengkhayalkan anak-anak mereka dengan tujuan tidak mengganggu tugasan ibu-ibu. Ibu-ibu sepatutnya tidak mengambil perkara ini sambil lewa kerana ia melibatkan masa depan generasi baru. Sebab itu ramai anak-anak kita runtuh akhlaknya, lembab pemikirannya, dan banyak lagi sifat yang negatif lahir daripada sikap sambil lewa ini.

Untuk makluman pembaca subliminal message ini juga digunakan oleh pendakwah kristian untuk mempengaruhi orang Islam. Hal ini telah lama berlaku, dan oleh yang demikian kita hendaklah mempunyai kesedaran tentang subliminal message ini dan ilmu minda separa sedar. Jangan jadi manusia yang malas untuk ambil tahu hal-hal terkini, akibatnya bangsa kita akan mudah tertipu dengan kemajuan teknologi minda bangsa asing. Ini adalah punca kejatuhan akhlak dan moral, kedegilan, serta kemerosotan kehidupan bangsa kita. Sampai bila kita hanya menjadi MANGSA kepada bangsa lain, sedangkan mereka semakin maju, kita semakin mundur dan jatuh.

Jika dilihat akan hal ini sejauh mana hendak kita nafikan ilmu minda separa sedar. Sedangkan musuh-musuh Islam telah menggunakannya secara berleluasa tetapi kita orang Islam masih leka dan alpa dengan perkara yang mengkhayalkan. Selama mana kita harus kita berdiam diri dan diperbodohkan. Fikir-fikirkanlah. Saya menyeru kepada pembaca sekalian panjang-panjangkanlah info ini untuk kebaikan bersama.

Ilmu minda separa sedar dan subliminal message ini kami kongsikan dalam Seminar Percuma kami. Anda dijemput dan luangkanlah masa untuk mengetahui tentang ilmu ini, dan bagaimana ilmu ini mempengaruhi kehidupan, kejayaan, dan pekerjaan kita seharian. Selain itu, peserta yang hadir boleh bertanya terus kepada moderator kami Puan Hajjah Arina Abbas sendiri tentang sebarang kemusykilan. Untuk pengesahan tempat sila hubungi En Yusmi di talian 013 3778004.

Anda juga boleh berdaftar secara online di http://www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html . Jadual dan maklumat lanjut ada di sana. Jemput juga lawat blog EM di www.evolusiminda.com/blog.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP